Latihan Industri
Panduan lengkap untuk memohon Latihan Industri di Pejabat Agama Islam Daerah Manjung.
Peluang Latihan Industri di Pejabat Agama Islam Daerah Manjung
Kami komited menyediakan peluang Latihan Industri yang kondusif dan berinformasi bagi membantu pelajar memahami suasana kerja sebenar di institusi kerajaan, khususnya dalam pengurusan hal ehwal Islam di peringkat daerah.
Mohon di Portal Perak Digital 2.0Empat langkah mudah untuk memohon
Portal Perak Digital 2.0
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyediakan platform permohonan latihan industri melalui Portal Perak Digital 2.0. Anda boleh mengemukakan permohonan dengan melayari laman web di bawah.
Layari PortalDokumen Sokongan
Sediakan dokumen-dokumen berikut semasa permohonan:
- Salinan kad pengenalan
- Surat permohonan daripada institusi pengajian tinggi anda
- Resume terkini
- Surat mastautin (jika berkaitan)
Tempoh Permohonan
Pastikan permohonan dikemukakan sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh mula latihan industri yang dijadualkan.
Pakaian dan Etika
Sepanjang tempoh latihan industri, anda dikehendaki berpakaian kemas dan sopan sesuai dengan etika kerja di jabatan kerajaan.
Bersedia untuk memohon?
Mulakan permohonan latihan industri anda melalui Portal Perak Digital 2.0 hari ini.